(^_^)

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 24 Februari 2012

7 keajaipan dunia purba

ASSALAMUALAIKUM. . .



kali nie rase berbesar hati lak nak post pasal 7 keajaipan dunia purba selepas berblogwalking pasal keajaipan yang ada di dunia yang serba indah ciptaan Allah S.W.T. .


1. Rumah api Alexandria…

Ianya telah dibina pada abad ke 3 Sebelum Masehi di Alexandria, Mesir… Menara rumah api ini berdiri teguh sejak tahun 303 Sebelum Masehi hingga 1480 masehi… Menara ini telah musnah dalam kejadian gempa bumi…





2. Patung Zeus di Olympia…
Ia dibina pada tahun 425 Sebelum Masehi… Dibina oleh Phidian di Olympia, Greece… Patung ini musnah dalam kebakaran di Constantinople…

3. Taman Tergantung Babylon…
Ia telah dibina di Babylon (Iraq) pada tahun 600 Sebelum masehi yang kini telah musnah akibat gempa bumi yang berlaku pada abad pertama sebelum masehi…



4. Piramid Cheop..
Ianya dibina pada tahun 2550 Sebelum Masehi yang berada di Giza, Mesir… Satu-satunya binaan purba yang masih kekal hingga ke hari ini…





5. Tokong Artemis di Ephesus…
Ia telah dibina pada 550 Sebelum Masehi dan berada di Ephesus (Turki)… Tokong ini musnah akibat kebakaran…






6. Colossus of Rhodes…
Patung ini telah dibina antara tahun 292 hingga 280 Sebelum Masehi di Rhodes (Greece)… Ianya telah hancur pada tahun 224 Sebelum masehi yang diakibatkan oleh gempa bumi…




7. Mauselom…
Ianya terletak di Halicarnassus (Turki) telah dibina pada tahun 351 Sebelum masehi… Ketika gempa bumi tahun 1494, banggunan ini rebah menyembah bumi… Sebahagian serpihan banggunan ini dipelihara di Muzium British di London…





7 keajaiban ini yang telah dilakukan oleh manusia purba kala di dalam pembinaan yang mereka lakukan… Tempat-tempat ini sangatlah sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi pelancongan korang selain daripada melancong ke tempat-tempat yang tercantik dan terbersih....





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan