(^_^)

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 17 Disember 2012

belajar memandu

ASSALAMUALAIKUM







umur pun dah cukup. .so dah boley belajar kereta. . .bila dah pandai kereta nanti aq nak jalan2 sepuas hati aq. . .hehehe, bley kan? kenapa tak boleh plak? aq dah ada lesen kut nanti. .  kelas kpp yang membosankan dah lepas. . .22. 12. 12 aq ada ujian. . .aq kena betul sekurang-kurangnya 42/50 untuk teruskan belajar memandu. . .wish me luck erk korang. . .







::::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Rabu, 12 Disember 2012

12.12.12

ASSALAMUALAIKUM




what's happen in your life today?


sweet or sour memories??


for me today is a very nice day. . .


WHY??!!





he gave his heart to me. . .





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<


Isnin, 10 Disember 2012

percubaan

ASSALAMUALAIKUM








lulus tak nak jadi photografer??

ermmmm. . .ok. . .

tau tak lulus. . .tak pe. . .i'll try again. . .





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Khamis, 18 Oktober 2012

just 14 member

ASSALAMUALAIKUM. . .




secara AUTOMATIK Noraini a/p Ibrahim telah dikeluarkan dari geng Magistar. . .
dan kini geng kami hanya 14 orang. . .
sekian,harap maklum. . .




tO that tino:

"sep aq happy tanpa mg. . .
sep aq tok se adO saem tok tau malu po mg. . .
dahla tok reti menghargai pengorbanei saem. . ."





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Jumaat, 14 September 2012

rayer then trial

ASSALAMUALAIKUM



cam boria ke?cam kmpulan nanyid ke? ad kami kisah??
eh3. . .ad yang tersesat laa. . . 
di 5 ibnu sina

walau dimana jua kami berada kami akan mewujudkan 1 kenangan. . .

di tangga smk(a) tb jua


then esoknya. . . 



trial SPM 2012. . . 






:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Khamis, 23 Ogos 2012

kawan

ASSALAMUALAIKUM. . .

nak kenalkan kawan aq kut . . .

my fren n I



aq nie memang striaght cikit kut. . .
lau aq rase nak tegur aq tegur. . .
lagipun time too aq memang panas ngan kau. . .
aq pun xtau nape. . .
mood aq tak de kut. . .
tapi bugus jugak mood aq tak de time tOo. . .
aq dapat tegur kau kn3?
dan kau sedar sekarang nie walaupun kau marahkan aq. . .
aq tak kisah kau marah aq. . .
aq rase ramai yang sokong aq buat camtu. . .
key lah. . .
sOrry for everything my fren




:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Rabu, 15 Ogos 2012

tak reti berterima kasih

ASSALAMUALAIKUM. . .



Lagi seminggu aq akan menghadapi peperiksaan trial SPM. . .
dah nak dekat ngan trial SPM nie ad  pulak yang nak cari gaduh nga aq. . .
aq juz nak bagi tau dia yang dia perlu ubah sikap dia. . .
salah ke aq??

 ramai orang duk mengata pasal dia. . .
sampaikan geng dia sendiri duk mengata pasal dia. . .
aq boleh ag back up dia. . .

manusia nie ada tahap kesabaran jugak cik kaq oii. . .
kau duk mengata orang tu kau perasan tak kekurangan tOo ada pada kau jugak??
aq nie dikira baik sebab bagitau kau supaya kau sedar. . .
bukan duk canang keburukan kau sana sini. . .
kau boleh pulak update status kau



sekarang aku baru tau kau siapa. . .
selama nie aq yang slah sbb back up kau. . .
and starting from now until the end of my life. . . 
aq tak kisah klau hilang kawan macam kau. . .





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<


Jumaat, 10 Ogos 2012

i'm nothing



Maybe
i'm NOT USEFUL to you. . .

maybe
i'm NOT SPECIAL to you. . .

maybe
i'm not NOTHING to you. . .

maybe
i'm NOT THE BEST to you. . .

BUT. . .
you must know that
i'm the person who NEVER forget you. . .






:::wassalam:::
>Nurul Afnan<


Ahad, 5 Ogos 2012

waiting

ASSALAMUALAIKUM






i will wait for you . . .





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<


Khamis, 26 Julai 2012

PLKN

ASSALAMUALAIKUM


aku rasa happy sangat. . . nak tau kenapa??






loading....










hooorayyyyy. . . .hehehehe. . . .
sebab nie je. . .
k lah. . .





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Khamis, 19 Julai 2012

create new twitter

ASSALAMUALAIKUM


credit to nur najiha


1. sign up dulu



2. isi dengan betul. . .selagi tak keluar tanda betul selagi tu kena tukar. . .




3. lepas isi klik yang aQ bulatkan



4. edit profile anda sesuka hati anda (>_0)



5. jangan lupa sign out plk. . .


6. kalau nak sign in balik kat sini plk. . . 




ok. . . DAH! selamat mencuba n gunakan sebaik mungkin yer. . .




:::wassalam:::
>Nurul Afnan<



Sabtu, 2 Jun 2012

boring~

ASSALAMUALAIKUM



apabila tak de kerja~~~


budaq bajet cute !

daq gila lensa !

maklumla xde org syg sbb tu jd cmnie. . .



:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Selasa, 29 Mei 2012

outing with my friends

ASSALAMUALAIKUM



hari nie aq n ahli geng aq jalan2 kat kb. . .nie gambar2 yang sempat kami ambik. . .

posing je lebih. ,beli x !
sambil2 tunggu makanan sampai. . .


nak makan sembat ag bergambar !

lepas makan pom bergambar !

di parkson !



ada banyak ag. . .tapi xde gambar aq. . so xbley uplOdla. . .hehehe




:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Jumaat, 18 Mei 2012

sahabat

Renungkan


Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya, kerana teman saling mencontohi. . .


satu penderian yang salah tidak akan mempertahankan apabila berhadapan dengan penderian yang benar. . .


mustahil apa yang salah dapat bertahan lama,mempertahankan yang batil sama seperti menundakan
kekalahan. . .


kawan yang paling baik ialah seorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. . .


kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. . .


esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. beringat lah untuk menghadapi esok yang mendatang. . .



:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

just about that?

ASSALAMUALAIKUM



tengah2 hot cerita pasal orang dk menipu kawan. . .
tetiba ad pulak yang terasa. . .xtaula pulak aq ad yang terasa. . .tujuan aq update blog pasal too just nak sedarkan semua orang yang kita semua ditipu hidup2. . .bukan niat aq nak bukak aib sape2. . .atau aq nak ubah perangai sesapa. . .aq tau selagi Allah tak bukak pintu hati selagi tu dia tak kan berubah walaupun dah nasihat beberapa kali. . .

for her:

ikhlas aq cakap kenapa kau nak terasa?dah memang kau buat. . .kau tak yah nak terasa2 la. . .lau kau betul2 nak berubah. . .anggap nie satu cabaran. . .n buktikan kepada kawan2 yang kau boley berubah. . .tak seperti yang dikatakan. . .dan tak payahla kau nak jage hati dia dengan tutup semua kesalahan dia. . .dengan kau buat camtu dan kitaorang tau pandangan kami pada kau memang lain. . .
last,aq tau aq tak sempurna untuk menegur sesapa. . .tapi aq saudara seIslam kau. . .
& sorry for everything






:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Khamis, 17 Mei 2012

You're same !

ASSALAMUALAIKUM


aq sedar siapa aq. . .

aq bukan ustazah. . .

atau pun ahli ulama'. . .

tapi aq sorang umat Islam. . .seorang sahabat sejati. . .aq memberi teguran untuk kamu dan juga aq. . .agar tidak kita memilih jalan yang salah. . .aq tau aq tak sempurna untuk menegur sesiapa. . . tapi adakah salah aq menegur untuk memperingatkan??




:::wassalam:::
>Nurul Afnan<


Jumaat, 11 Mei 2012

Happy Mother's Day

ASSALAMUALAIKUM


sempena dengan hari ibu aq nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk Ibu kesayangan ku. . .


Puan Aedah Mat Noor
ma. . .

nan masih memerlukan petunjuk,
ke jalan kebahgiaan,
dunia dan akhirat,
setia mengajar erti kekuatan,
restu dan doa ma iringkan,
terima kasih atas segalanya,
jasa ma akan nan kenang,
kerana kau adalah IBUKU. . .

I Love You So Much. . .




:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Khamis, 10 Mei 2012

love to hate her (!)

ASSALAMUALAIKUM. . .



kali nie aq nak kongsi ngan korang cerita pasal kawan aku yang sangat teruk akhlaknya. . .
harap jadikan pengajaran. . .



kawan aku nie sangat sosial. . .aku tau kehidupan dia sangat bebas. . .walau sebebas mane pun dia,ibu bapa n keluarganya tidak sama sekali membenarkan pergaulan bebas dia dengan lelaki. . .dia langsung tak fikir ibu bapa dan keluarganya. . .sampaikan dia sanggup dan mudah nak menjatuhkan maruah diri dia. . .

dia juga membangga-banggakan kekasih dia yang kaya. . .aq tak kisah kalau duit kekasih dia tu halal. . .yang aq kesah sangat sebab duit tu haram. . .duit hasil judi ! xkan halal disisi Allah walaupun guna untuk kebaikan. . . yang haram tetap haram. . .

bukan tu je. . .aq selalu perasan yang dia selalu tak bayar makanan yang nak dibelinya. . .aq nak tegur takut dimarahnya. . .kawan-kawan aq yang lain hanya mampu membenci perbuatannya. . .n tidak memakan makanan yang dibeli nya. . .

pada minggu tak balik yang lepas-2 dia ajak salah satu geng aq untuk blik rumah kekasih dia la kononnye. . .tapi yang sebenarnya dia balik rumah lakie lain. . .aq pun xtau sape. . .kami tau sal nie pun lepas gha yang bagi tau. . .dia cerita semuanya pd gha sbb dia yakin yang gha akan pegang rahsianya ngan pompuan tu. . .aq pun xtau kenapa ngan geng aq sorang nie. . .
pada hari penerimaan netbook 1 malaysia di sm teknik kami rancang nak bg nasihat untuk ahli geng kami  yang sorang tu sebelum benda di luar jangkaan akan berlaku. . .
pada malam tu juga kami berkumpul dan memberitahu kpd dia akan keburukan yang bakal berlaku jika ibunya tau. . .
pada malam tu jugax pompuan tu sebar fitnah pasal geng aq. . .
kitaorang xkisah lau dia nak sebar fitnah pasal kitaorang sebab kami tau kami di pihak yang benar. . .

satu benda ag aq tau sal pompuan tu. .
aq tau yang pompuan tu benci aq. . .
tapi aq pun xtau knp. . .
klau dia benci aq atas sebab teguran aq yang pedas. . .
aq nak mintax maap. . .
xde sebab lain aq tegur dia melainkan untuk dia berubah. . .

pada minggu balik yang lepas aq sempat call ibunya untuk memastikan kemana dia balik pada pada minggu tu. . .dia cakap dia akan pulang ke kampungnya di pahang ngan keluarganya. . .tapi dia tipu. . .memang betul keluarganya ke pahang tapi dia tidak. . .

aq sedar diri aq tidak sempurna untuk menegur orang. . .tapi paling tidak aq fikir ibu aq sebelum aq melakukan sesuatu perkara. . .dan aq fikir seksa yang bakal aq terima jika melakukan maksiat dan tidak mencegahnya. . .

jangan kau kata maruahmu masih terjaga apabila kamu sudah bersentuhan dengan bukan muhrimmu. . .apalagi bila kamu mulai ajar dirimu untuk tidur sekatil dengan bukan muhrimmu. . .


INGAT (!) 


tiada cinta yang indah
melainkan cinta selepas kawin. . .

Khamis, 12 April 2012

Why I Love Him?!!

ASSALAMUALAIKUM. . .

cinta??


apa itu sebenarnya??


Ramai orang bagi definisi cinta tapi susah nak faham. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin memberi kaedah yang mudah. Tq ulamaku.
"Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab."
Sebab?
Why?
Sebab adalah nyawa cinta.
Tanpa sebab, matilah cinta.
Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan.
Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi.
Tertipulah orang yang anggap cintanya suci dan abadi tapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi...
sebab dia pandai...
sebab dia cantik...
sebab dia hebat...
Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu.



Kalau dia pandai. Allah Maha Pandai.
Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik.
Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat.
Allah yang ciptakan dia dan semua mahkluk hebat di dunia ini.
Allahlah patut duduk nombor satu dalam sebab cinta kita.
Kalau 'sebab' kita cinta dia kerana Allah, maka tunjukkan pada Allah, apa buktinya?
Sudah tentu buat apa yang Allah suruh, jauhi apa yang Allah larang.
Apa dia?
Perlu ke majlis ilmu untuk tahu, bacaan berfaedah dan dekati orang-orang soleh.
Jom!


:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Isnin, 12 Mac 2012

terasa giler (!)

ASSALAMUALAIKUM. . .





straight to the point. . .aq memang trase giler ngan budaq nie. . .memang tak sedar diri r. . .aq tau la aq nie lembut tapi tu tak bermakna dia boley uax aq camnie. . .benda nie berlaku time exam. . .memang stress r aq. . .dia nie nak tiru aq. . .serius (!) aq bukan tak nak bagi tapi tolongla paham. . .kalau dia jadi aq skali pun dia tak kan bagi time tengah buat. . .yang paling aq stress dia boley gumpal kertas aq yang nak dihantar. . .dia ingat aq akan bagi tiru lau dia uax camtu. . .lepas exam too. . .aq nangis. . .




SUMPAH (!) aq trase giler ngan dia nie. . .dia cakap macam-2 yang buat aq trase. . .dahla dia ganggu aq time exam. . .aq mengamuk. . .dia boleh uax main-2 lagi. . .dia menganjing-anjingkan aq. . .aq taula dia too besar lagi pada aq. . .tapi aq nak dia too sedar diri sikit yang dia too budaq baru. . .nak kawan pulak ngan geng aq. . .hey (!) geng aq tak kan iktiraf kau sebagai ahli geng kami. . .lau kami rancang nak uax pape juz fOr 15 MEMBERS not 17 members. . .

aq nie dikira baik sebab lepas kejadian nie aq still lagi bagi dia too tiru aq lam exam. . .

HUH (!)

terlepas semua yang aq rase nak marah kat budaq nie. . .

maapla terover sikit. . .



:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Khamis, 8 Mac 2012

Bagaimana Mencintai Secara High Class

ASSALAMUALAIKUM. . . .


Cinta high class bukan ekslusif untuk sesiapa. . .cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. . .

jangan tunggu esok. . .hari ini kita mesti mencintai secara high class. . .

Jangan lupa,bantu si dia mencintai secara high class juga. . .

Err,apa itu cinta high class??

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,cintamu padaku kerana Allah yang satu,Cintamu bermuhajadah menahan nafsu. . .
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah. . .
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.
'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).


:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Jika cinta,apa buktinya??

ASSALAMUALAIKUM....


Apa buktinya jika kita cinta akan Dia. . .


Ya, kita 'tahu' kita perlu mencintai Allah SWT. Tapi adakah kita 'faham' dan 'jelas' samada kita sudahpun mencintai Allah SWT ataupun belum? Apakah bukti kita mencintai Allah SWT? Mari ikuti 'checklist' berikut untuk mengenalpasti sejauh mana kita meletakkan Allah SWT menempati cinta paling utama di hati kita.
1. Segera Menyahut Call Daripada-Nya.
"Allahu akbar! Allahu akbar!" Allah SWT memanggil. Tika itu kita sedang asyik menonton rancangan kegemaran. Apa selalunya reaksi kita pada panggilan-Nya?
"Di atas nama cinta pada yang selayaknya...kunafikan yang fana..." Melodi handphone pula berirama. Tika itu kita sedang sibuk studi sebab esok final exam. Kita tangguhkan atau kita segera mengangkatnya?
Bukti cinta, letakkanlah Kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkan keinginan kita sama dengan keinginan Kekasih, tidak bertentangan. Jika Allah SWT ingin berjumpa, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa Allah SWT. Malah, apa yang kita inginkan pun ditanya kepada Allah, bukan berasal daripada diri kita sendiri.
Misalnya, keinginan memilih pakaian. Wajarkah orang yang cinta kepada Allah SWT berkata begini: "Aku tak nak pakai tudung ke, nak pakai jeans ke, tak pakai apa-apa ke, suka hati akulah." Sudahkah ditanya kepada Allah SWT, pakaian bagaimanakah yang Allah SWT suka? Jika Allah SWT diletakkan sebagai kekasih, tentulah kesukaan-Nya yang akan kita utamakan.
Orang yang egois, suka dirinya disanjung dan dipuja tapi tidak suka menyanjung dan memuja. Dia mahukan Allah SWT mengikuti keinginannya tetapi dia tak suka mengikuti keinginan Allah SWT, enggan melakukan apa yang Allah suruh. Benarkah kita cinta kepada Allah SWT tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat?
2. Memberi Perhatian Kepada SMS dan Email Daripada Allah.
Kecintaan Rasulullah SAW dan para sahabat nampak jelas buktinya apabila mereka sangat cintakan al-Quran. Al-Quran itulah SMS dan Email daripada Allah SWT supaya kita perhatikan selalu.
Generasi awal membudayakan al-Quran dalam hidup seharian. Apabila saling bertemu, mereka suka minta dibacakan al-Quran untuknya.
Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Abbas membacakan al-Quran untuknya. Kata baginda,  "Bacakan al-Quran kepadaku."
Ibnu Abbas lalu membaca sehingga ke surah An-Nisa':  ayat 41. Rasulullah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung air mata sebak. (Rujuk HR BukhariMuslim).
Suatu malam, Rasulullah SAW melewati rumah Abu Musa al-Asya'ri yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam, Rasulullah terus terpegun dan menangis. (HR BukhariMuslim).
Suatu saat Abu Musa al-Asya'ri datang kepada Umar. Umar berkata,"Ingatkan kami kepada Tuhan kami." Lalu al-Quran dibacakan. Umarpun menangis.
Jadi, jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalam-Nya. Ajaklah kawan-kawan kita membudayakan al-Quran. Biar al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita. Jadikan kerinduan menatap al-Quran lebih mendalam daripada kerinduan menatap sms, email dan facebook.
3. Memandang MMS-Nya Selalu.
Memandang MMS Allah? Aik, macam mana tu? Ya, kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia. Namun, kita masih boleh memandang 'kebesaran-Nya'.
Allah SWT sudah hantar MMS pada kita. Lihatlah pesona alam yang menghijau, lihatlah gumpalan awan yang memukau, lihatlah gelora laut yang membiru dan lihatlah kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membentangkan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang. . .
Semakin direnung, semakin diri terasa kerdil. Tatkala diri terasa kerdil, akan timbul rasa pergantungan pada Yang Maha Besar. Tika rasa ingin memandang-Nya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta kepada Ilahi.
4. Malu-malu Saat Dating dengan-Nya.
Anda pernah bertembung mata dengan seseorang yang dikagumi agama dan akhlaknya? Rasa malu tak? Biasanya, hanya terdaya memandang sepintas lalu sahaja.
Anda pernah dirisik atau bertunang? Bagaimana perasaan saat direnung bakal ibu mertua?  Hmm, rasa ingin tunduk sampai mencium lantai, kan?
Bagaimana pula saat berhadapan dengan 'orang besar' atau Raja? Sanggupkah kita membiarkan mata melilau ke mana sahaja? Sudah tentu kita memfokuskan perhatian kepadanya dengan kepala yang sedikit menunduk. Betul tak?
Kenapa? Kerana dorongan rasa malu dan kerana kita meletakkan mulia pada kedudukan orang yang memandang kita itu. Allah SWT pernah memuji kesempurnaan adab kekasih-Nya, Muhammad SAW pada malam israk mi'raj. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Penglihatanya (Muhammad) tidak berpaling (fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang dengan tajam)." (An-Najm: 17).
Bukankah saat solat itu adalah saat kita dating malah kadang kala itulah saat kita berkhalwat dengan Allah SWT? Jika benar kita cintakan Allah SWT, buktikan dengan menjaga adab memandang di dalam solat. Rasulullah SAW melarang kita solat sambil memandang ke atas. Berdiri di hadapan Allah SWT, kita mestilah berdiri tegap, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke tempat sujud.
Hakikatnya, Allah SWT bukan sahaja memandang kita di dalam solat, bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti kita cintakan Dia.
5.Sentiasa rindu dan ingat pada -Nya.
Wujudkah cinta tanpa rindu? Jika benar kita mencintai Allah SWT sebagai cinta agung, Dialah yang sepatutnya paling kita rindui.
Bagaimana merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah saat-saat indah dapat menatap wajah-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Barangsiapa rindu dan berharap pertemuan dengan Allah,
maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang." (Al-Ankabut: 5).
Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.
6.Banyak Menyebut-nyebut Nama-Nya.
Apakah topik perbualan harian kita dengan kawan-kawan? Soal artis? Soal drama TV? Soal pelajaran? Soal si dia?
Kalau kita cintakan Allah SWT, apa kata,  kita sama-sama jadikan Allah SWT sebagai perbualan harian. Ingin berbicara topik apa sahaja, pastikan Allah tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Mudah sahaja, contohnya:
"Alhamdulillah, Allah izin saya dapat juga A- dalam subjek ni."
"Dia sedang mengumpat saya! Tak mengapalah, Allah ada. Allah akan bela saya."
Selalunya, dalam kesusahan, atau tika ditimpa bahaya sahaja, orang mudah kembali ingat pada Allah SWT. Beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT di saat senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya di saat susah.
Ingatan pada Allah SWT terzahir juga pada banyaknya zikir. Ada 4 tingkat zikir menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
a) Tertinggi: Berzikir dengan lidah dan hati yang sama-sama merasai. Hati lebih-lebih lagi menikmati.
b) Berzikir dengan lidah dan hati tapi tidak merasai.
c) Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.
d) Berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.
Samada zikir kita di tingkat pertama atau keempat, Allah SWT tidak akan mempersiakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah SWT menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia?
7. Bersabar dengan Ujian Allah
Lumrah cinta akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kadangkala kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat manapun ujian kita, kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara. Kita juga belum lagi diuji dengan lemparan batu, sanak-saudara memboikot dan membenci atau berperang menentang musuh.
Ujian-ujian yang besar ini menjadikan para Nabi istimewa di mata Ilahi. Jadi, kalau benar kita cinta pada-Nya, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Usah juga meminta-minta ujian yang lebih besar . Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian dari-Nya. Dia lebih tahu ujian mana yang layak bagi kita. Apa yang perlu diingat, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.
8.Mencintai Segala Sesuatu yang Berkait dengan Allah.
Jika sudah terpikat, melihat atap kolej si diapun sudah mengubat. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengannya memberi rasa debaran di dada. Malah, perkara yang ada kaitan itupun terasa istimewa. Begitulah lumrah cinta.
Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT?  Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan dengan-Nya, itu bukti kita ingin lebih akrab dengan-Nya. Contohnya kerinduan muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah baitullah (Rumah Allah). Maka, Kaabah juga dirasakan istimewa. Itu suatu bukti cinta.
Jika masih belum mampu meluah rindu di Kaabah, manfaatkan rumah-rumah Allah yang berhampiran kita. Jangan biarkan masjid dan surau sunyi tanpa kunjungan para pencinta. Buktikanlah cinta kita pada-Nya.
9. Luapan Perasaan Luar Biasa Saat Berhubungan dengan Allah. (Khusyuk).
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal."(Al-anfal:2).
Mendapat khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu berusaha mendapatkannya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik. . .
10. Cemburu
Cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT, kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai kekasih kita hingga kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Ianya cemburu yang positif bukan cemburu yang dibiarkan bertukar menjadi fitnah.
Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama', dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan cemburu kosong tapi dalam rangka untuk mencontohi mereka. Dalam solat pula, cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, dapat berjemaah, dan solatnya lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT ketika itu.
11. Berusaha keras meraih redha Allah.
Seterusnya, bukti kita mencintai Allah SWT ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai redha Allah SWT. Ada 3 kondisi pencinta menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
a)Berat hati untuk mencintai namun dia memaksakan diri.
b)Cinta makin menguat dan dia patuh.
c)Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.
Cinta kita kepada Allah di tahap mana? Apapun tahapnya, mulai saat ini, buktikanlah kepada Allah SWT, kita sangat cinta pada-Nya. Jom!


:::wassalam:::
>Nurul Afnan<