(^_^)

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 12 Mac 2012

terasa giler (!)

ASSALAMUALAIKUM. . .





straight to the point. . .aq memang trase giler ngan budaq nie. . .memang tak sedar diri r. . .aq tau la aq nie lembut tapi tu tak bermakna dia boley uax aq camnie. . .benda nie berlaku time exam. . .memang stress r aq. . .dia nie nak tiru aq. . .serius (!) aq bukan tak nak bagi tapi tolongla paham. . .kalau dia jadi aq skali pun dia tak kan bagi time tengah buat. . .yang paling aq stress dia boley gumpal kertas aq yang nak dihantar. . .dia ingat aq akan bagi tiru lau dia uax camtu. . .lepas exam too. . .aq nangis. . .




SUMPAH (!) aq trase giler ngan dia nie. . .dia cakap macam-2 yang buat aq trase. . .dahla dia ganggu aq time exam. . .aq mengamuk. . .dia boleh uax main-2 lagi. . .dia menganjing-anjingkan aq. . .aq taula dia too besar lagi pada aq. . .tapi aq nak dia too sedar diri sikit yang dia too budaq baru. . .nak kawan pulak ngan geng aq. . .hey (!) geng aq tak kan iktiraf kau sebagai ahli geng kami. . .lau kami rancang nak uax pape juz fOr 15 MEMBERS not 17 members. . .

aq nie dikira baik sebab lepas kejadian nie aq still lagi bagi dia too tiru aq lam exam. . .

HUH (!)

terlepas semua yang aq rase nak marah kat budaq nie. . .

maapla terover sikit. . .



:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Khamis, 8 Mac 2012

Bagaimana Mencintai Secara High Class

ASSALAMUALAIKUM. . . .


Cinta high class bukan ekslusif untuk sesiapa. . .cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua. . .

jangan tunggu esok. . .hari ini kita mesti mencintai secara high class. . .

Jangan lupa,bantu si dia mencintai secara high class juga. . .

Err,apa itu cinta high class??

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,cintamu padaku kerana Allah yang satu,Cintamu bermuhajadah menahan nafsu. . .
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah. . .
Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.
'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).


:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Jika cinta,apa buktinya??

ASSALAMUALAIKUM....


Apa buktinya jika kita cinta akan Dia. . .


Ya, kita 'tahu' kita perlu mencintai Allah SWT. Tapi adakah kita 'faham' dan 'jelas' samada kita sudahpun mencintai Allah SWT ataupun belum? Apakah bukti kita mencintai Allah SWT? Mari ikuti 'checklist' berikut untuk mengenalpasti sejauh mana kita meletakkan Allah SWT menempati cinta paling utama di hati kita.
1. Segera Menyahut Call Daripada-Nya.
"Allahu akbar! Allahu akbar!" Allah SWT memanggil. Tika itu kita sedang asyik menonton rancangan kegemaran. Apa selalunya reaksi kita pada panggilan-Nya?
"Di atas nama cinta pada yang selayaknya...kunafikan yang fana..." Melodi handphone pula berirama. Tika itu kita sedang sibuk studi sebab esok final exam. Kita tangguhkan atau kita segera mengangkatnya?
Bukti cinta, letakkanlah Kekasih Agung sebagai prioriti. Letakkan keinginan kita sama dengan keinginan Kekasih, tidak bertentangan. Jika Allah SWT ingin berjumpa, tunjukkanlah kita juga ingin berjumpa Allah SWT. Malah, apa yang kita inginkan pun ditanya kepada Allah, bukan berasal daripada diri kita sendiri.
Misalnya, keinginan memilih pakaian. Wajarkah orang yang cinta kepada Allah SWT berkata begini: "Aku tak nak pakai tudung ke, nak pakai jeans ke, tak pakai apa-apa ke, suka hati akulah." Sudahkah ditanya kepada Allah SWT, pakaian bagaimanakah yang Allah SWT suka? Jika Allah SWT diletakkan sebagai kekasih, tentulah kesukaan-Nya yang akan kita utamakan.
Orang yang egois, suka dirinya disanjung dan dipuja tapi tidak suka menyanjung dan memuja. Dia mahukan Allah SWT mengikuti keinginannya tetapi dia tak suka mengikuti keinginan Allah SWT, enggan melakukan apa yang Allah suruh. Benarkah kita cinta kepada Allah SWT tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat?
2. Memberi Perhatian Kepada SMS dan Email Daripada Allah.
Kecintaan Rasulullah SAW dan para sahabat nampak jelas buktinya apabila mereka sangat cintakan al-Quran. Al-Quran itulah SMS dan Email daripada Allah SWT supaya kita perhatikan selalu.
Generasi awal membudayakan al-Quran dalam hidup seharian. Apabila saling bertemu, mereka suka minta dibacakan al-Quran untuknya.
Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Abbas membacakan al-Quran untuknya. Kata baginda,  "Bacakan al-Quran kepadaku."
Ibnu Abbas lalu membaca sehingga ke surah An-Nisa':  ayat 41. Rasulullah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung air mata sebak. (Rujuk HR BukhariMuslim).
Suatu malam, Rasulullah SAW melewati rumah Abu Musa al-Asya'ri yang sedang membaca al-Quran dalam solat malam, Rasulullah terus terpegun dan menangis. (HR BukhariMuslim).
Suatu saat Abu Musa al-Asya'ri datang kepada Umar. Umar berkata,"Ingatkan kami kepada Tuhan kami." Lalu al-Quran dibacakan. Umarpun menangis.
Jadi, jika benar kita cintakan Allah, cintailah juga kalam-Nya. Ajaklah kawan-kawan kita membudayakan al-Quran. Biar al-Quran menjadi perbualan harian dan mimpi malam kita. Jadikan kerinduan menatap al-Quran lebih mendalam daripada kerinduan menatap sms, email dan facebook.
3. Memandang MMS-Nya Selalu.
Memandang MMS Allah? Aik, macam mana tu? Ya, kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di dunia. Namun, kita masih boleh memandang 'kebesaran-Nya'.
Allah SWT sudah hantar MMS pada kita. Lihatlah pesona alam yang menghijau, lihatlah gumpalan awan yang memukau, lihatlah gelora laut yang membiru dan lihatlah kehidupan yang penuh ranjau. Semuanya membentangkan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang. . .
Semakin direnung, semakin diri terasa kerdil. Tatkala diri terasa kerdil, akan timbul rasa pergantungan pada Yang Maha Besar. Tika rasa ingin memandang-Nya makin kerap menjengah hati, ia suatu bukti kita semakin cinta kepada Ilahi.
4. Malu-malu Saat Dating dengan-Nya.
Anda pernah bertembung mata dengan seseorang yang dikagumi agama dan akhlaknya? Rasa malu tak? Biasanya, hanya terdaya memandang sepintas lalu sahaja.
Anda pernah dirisik atau bertunang? Bagaimana perasaan saat direnung bakal ibu mertua?  Hmm, rasa ingin tunduk sampai mencium lantai, kan?
Bagaimana pula saat berhadapan dengan 'orang besar' atau Raja? Sanggupkah kita membiarkan mata melilau ke mana sahaja? Sudah tentu kita memfokuskan perhatian kepadanya dengan kepala yang sedikit menunduk. Betul tak?
Kenapa? Kerana dorongan rasa malu dan kerana kita meletakkan mulia pada kedudukan orang yang memandang kita itu. Allah SWT pernah memuji kesempurnaan adab kekasih-Nya, Muhammad SAW pada malam israk mi'raj. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Penglihatanya (Muhammad) tidak berpaling (fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang dengan tajam)." (An-Najm: 17).
Bukankah saat solat itu adalah saat kita dating malah kadang kala itulah saat kita berkhalwat dengan Allah SWT? Jika benar kita cintakan Allah SWT, buktikan dengan menjaga adab memandang di dalam solat. Rasulullah SAW melarang kita solat sambil memandang ke atas. Berdiri di hadapan Allah SWT, kita mestilah berdiri tegap, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke tempat sujud.
Hakikatnya, Allah SWT bukan sahaja memandang kita di dalam solat, bahkan setiap saat. Sama-samalah kita menjaga rasa malu pada-Nya sebagai bukti kita cintakan Dia.
5.Sentiasa rindu dan ingat pada -Nya.
Wujudkah cinta tanpa rindu? Jika benar kita mencintai Allah SWT sebagai cinta agung, Dialah yang sepatutnya paling kita rindui.
Bagaimana merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah saat-saat indah dapat menatap wajah-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Barangsiapa rindu dan berharap pertemuan dengan Allah,
maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang." (Al-Ankabut: 5).
Rindu pada Allah SWT terubat seketika apabila kita menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT. Rindu pada Allah SWT juga terbias pada rindukan al-Quran, rindukan tahajjud, rindukan orang-orang soleh dan rindukan kebenaran.
6.Banyak Menyebut-nyebut Nama-Nya.
Apakah topik perbualan harian kita dengan kawan-kawan? Soal artis? Soal drama TV? Soal pelajaran? Soal si dia?
Kalau kita cintakan Allah SWT, apa kata,  kita sama-sama jadikan Allah SWT sebagai perbualan harian. Ingin berbicara topik apa sahaja, pastikan Allah tidak lekang di bibir dan dikaitkan bersama. Mudah sahaja, contohnya:
"Alhamdulillah, Allah izin saya dapat juga A- dalam subjek ni."
"Dia sedang mengumpat saya! Tak mengapalah, Allah ada. Allah akan bela saya."
Selalunya, dalam kesusahan, atau tika ditimpa bahaya sahaja, orang mudah kembali ingat pada Allah SWT. Beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT di saat senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya di saat susah.
Ingatan pada Allah SWT terzahir juga pada banyaknya zikir. Ada 4 tingkat zikir menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
a) Tertinggi: Berzikir dengan lidah dan hati yang sama-sama merasai. Hati lebih-lebih lagi menikmati.
b) Berzikir dengan lidah dan hati tapi tidak merasai.
c) Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.
d) Berzikir dengan lidah sahaja, hatinya lalai.
Samada zikir kita di tingkat pertama atau keempat, Allah SWT tidak akan mempersiakan setiap zikir hamba-Nya ini melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah SWT menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita juga menghargai Dia?
7. Bersabar dengan Ujian Allah
Lumrah cinta akan ada ujian. Ujian itu bagi mengenalpasti setakat mana dalamnya cinta. Kadangkala kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya. Ketahuilah, seberat manapun ujian kita, kita tidak pernah diuji supaya menyembelih anak sendiri atau meninggalkan insan tercinta di padang sahara. Kita juga belum lagi diuji dengan lemparan batu, sanak-saudara memboikot dan membenci atau berperang menentang musuh.
Ujian-ujian yang besar ini menjadikan para Nabi istimewa di mata Ilahi. Jadi, kalau benar kita cinta pada-Nya, usah mengharapkan hidup tanpa ujian. Usah juga meminta-minta ujian yang lebih besar . Berdoalah agar diberi kekuatan menghadapi apa jua ujian dari-Nya. Dia lebih tahu ujian mana yang layak bagi kita. Apa yang perlu diingat, Allah SWT sengaja menguji kita untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.
8.Mencintai Segala Sesuatu yang Berkait dengan Allah.
Jika sudah terpikat, melihat atap kolej si diapun sudah mengubat. Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengannya memberi rasa debaran di dada. Malah, perkara yang ada kaitan itupun terasa istimewa. Begitulah lumrah cinta.
Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT?  Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan dengan-Nya, itu bukti kita ingin lebih akrab dengan-Nya. Contohnya kerinduan muslim kepada Kaabah kerana Kaabah adalah baitullah (Rumah Allah). Maka, Kaabah juga dirasakan istimewa. Itu suatu bukti cinta.
Jika masih belum mampu meluah rindu di Kaabah, manfaatkan rumah-rumah Allah yang berhampiran kita. Jangan biarkan masjid dan surau sunyi tanpa kunjungan para pencinta. Buktikanlah cinta kita pada-Nya.
9. Luapan Perasaan Luar Biasa Saat Berhubungan dengan Allah. (Khusyuk).
Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sungguh, orang-orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan gementar hati mereka, bila dibacakan ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakkal."(Al-anfal:2).
Mendapat khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu berusaha mendapatkannya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik. . .
10. Cemburu
Cemburu dan cinta tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT, kita akan cemburu apabila ada orang yang lebih mencintai kekasih kita hingga kekasih kita juga lebih cinta kepadanya. Ianya cemburu yang positif bukan cemburu yang dibiarkan bertukar menjadi fitnah.
Cemburulah kepada orang yang lebih berilmu, ulama', dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan cemburu kosong tapi dalam rangka untuk mencontohi mereka. Dalam solat pula, cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, dapat berjemaah, dan solatnya lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT ketika itu.
11. Berusaha keras meraih redha Allah.
Seterusnya, bukti kita mencintai Allah SWT ialah apabila kita sanggup melakukan apa sahaja demi menggapai redha Allah SWT. Ada 3 kondisi pencinta menurut Ibnul Qayyim al-Jauziyah iaitu:
a)Berat hati untuk mencintai namun dia memaksakan diri.
b)Cinta makin menguat dan dia patuh.
c)Cinta menetap di hati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.
Cinta kita kepada Allah di tahap mana? Apapun tahapnya, mulai saat ini, buktikanlah kepada Allah SWT, kita sangat cinta pada-Nya. Jom!


:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Jumaat, 24 Februari 2012

7 keajaipan dunia purba

ASSALAMUALAIKUM. . .



kali nie rase berbesar hati lak nak post pasal 7 keajaipan dunia purba selepas berblogwalking pasal keajaipan yang ada di dunia yang serba indah ciptaan Allah S.W.T. .


1. Rumah api Alexandria…

Ianya telah dibina pada abad ke 3 Sebelum Masehi di Alexandria, Mesir… Menara rumah api ini berdiri teguh sejak tahun 303 Sebelum Masehi hingga 1480 masehi… Menara ini telah musnah dalam kejadian gempa bumi…





2. Patung Zeus di Olympia…
Ia dibina pada tahun 425 Sebelum Masehi… Dibina oleh Phidian di Olympia, Greece… Patung ini musnah dalam kebakaran di Constantinople…

3. Taman Tergantung Babylon…
Ia telah dibina di Babylon (Iraq) pada tahun 600 Sebelum masehi yang kini telah musnah akibat gempa bumi yang berlaku pada abad pertama sebelum masehi…



4. Piramid Cheop..
Ianya dibina pada tahun 2550 Sebelum Masehi yang berada di Giza, Mesir… Satu-satunya binaan purba yang masih kekal hingga ke hari ini…





5. Tokong Artemis di Ephesus…
Ia telah dibina pada 550 Sebelum Masehi dan berada di Ephesus (Turki)… Tokong ini musnah akibat kebakaran…






6. Colossus of Rhodes…
Patung ini telah dibina antara tahun 292 hingga 280 Sebelum Masehi di Rhodes (Greece)… Ianya telah hancur pada tahun 224 Sebelum masehi yang diakibatkan oleh gempa bumi…




7. Mauselom…
Ianya terletak di Halicarnassus (Turki) telah dibina pada tahun 351 Sebelum masehi… Ketika gempa bumi tahun 1494, banggunan ini rebah menyembah bumi… Sebahagian serpihan banggunan ini dipelihara di Muzium British di London…





7 keajaiban ini yang telah dilakukan oleh manusia purba kala di dalam pembinaan yang mereka lakukan… Tempat-tempat ini sangatlah sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi pelancongan korang selain daripada melancong ke tempat-tempat yang tercantik dan terbersih....





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Jumaat, 17 Februari 2012

Wishlist

by

A Pink






I’m not sure yet but
I remember you in my dreams
My only one

.
You you you you
I always think about it to myself
Waking me up in the morning as the sun rises
.

Holding both of my hands
Looking at each other in the eyes
Smiling with me at my words
Like a drama, like a movie
The one, single person who’ll be beside with me and guard me

Come, come to me
.

Approach me, step by step
I’ve had dreams like this where you appear
Bye bye bye, sadness
You’ll make me smile
I’ve been waiting for so long
.

You you you, come into my heart
aaaaaaaa oh
My wishlist
My a aaaaaaa oh
My wishlist

.
There’s one person
Who’ll secretly come to me
Into my dreams and make me smile
You you you you
Always make me laugh
You’ll make me fall into the sweetest dreams
I don’t know love

.
I haven’t been behaving too badly
So someone will give me a warm smile
Whispering words sweetly to me
A person who’ll be by my side, giving me light

.
Come, come to me
Approach me, step by step
I’ve had dreams like this where you appear
Bye bye bye, sadness
You’ll make me smile
I’ve been waiting for so long
You you you, come into my heart

.
Even if I try and picture it,
My heart flutters so much
The person who’ll love me more than anything
More than anyone

.
Why why why is love
Still not appearing in my eyes
When will it come to me

.
Come, come to me
Approach me, step by step
You you you, I’ve been waiting forever
come to my side
aaaaaaaa oh
My wishlist
My a aaaaaaa oh
My wishlist





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Rabu, 25 Januari 2012

single better than couple

ASSALAMUALAIKUM



betulla cakap orang single better than couple. . .this entry sesuai untuk korang di luar sana yang ad gf or bf. . .okey. . .straight to the point. . .

kenapa single better than couple??



sebab. . . .

  • kuku tak rosak,jari tak kontot.
pasangan yang bercinta 90% daripada masanya bermain sms dan tak boleh renggang ngan handfon dan ini boleh menyebabkan kuku rosak dan jari kontot. . .

  • kerja tak tertangguh
kalau dah ad pakwe/makwe too mesti nak buat pape tertangguh sebab nak call/sms si dia. . .bila dah call/sms too mula laa nak tangguhkan kerja. . .

  • boley pergi kemana saja dengan sesiapa
pergi ke mana dengan siapa tak ada orang nak marah dan tak de orang kisah. . .

  • boley buat apa saja yang disuka
lantaklah nak buat ape pun. . .nak tunggang terbalik ke. ,nak tunggang tak balik-balik ke. . .tak de orang nak marah dan ambil peduli. . .

  • tak bazirkan air mata
bila korang couple mesti ad masanya korang bazirkan air mata sebab cemburu tak tentu pasal. ,dan mungkin sebab korang gaduh. ,hal yang remeh temeh pun ley nangis bila dah couple kononnya sebab sayang akan bf/gf. . .

  • tak de musuh
bila ada orang nak kawan ngan bf/gf mula laa nak cari pasal ngan orang too. . .kata laki/pompuan too nak rampas gf/bf kita. . .biar pun orang tu just nak kawan. . .






k sampai bila nak single??

sampai Allah menemukan korang ngan pasangan korang yang halal. . .





:::wassalam:::
>Nurul Afnan<

Jumaat, 20 Januari 2012

3 minggu pertama persekolahan

ASSALAMUALAIKUM



HUH!!!

penat giler jadi tingkatan lima. . .baru 3 minggu dah penat giler. . .homework pom banyak. . .rehat pom tak sempat. . .hari first sekolah dah ada homework. . .dah terpaksa berkorban waktu untuk belajar. . .pagi sekolah. . ,petang prep. . ,malam prep. . ,tengah malam stay up. . .sampai tido pom ngan buku. . .


tapi tak pe lah. . .nak berjaya. . . .



haaaa!!!

nak tau tak??!aq dapat pengetua baru. . .warak dan tegas orangnye. . .dia dari sekolah Faris Petra. . .muka dia cam pelakon 3 idiot. . .lam cerita too dia jadi viruss. . .

huhuhu. . .((tapi kacak pengetua aq ag laa))

aq rase dia telah jadikan kami sebagai robot. . .sebab kami boleh diarah apa sahaja dan tak kan membantah. . .tapi aq rase dia lebih matang untuk berfikir "sempatkah pelajar aq makan dan solat dalam masa 20 minit??" aq pelajar menengah atas balik pukul 2.40 pastu prep pukul 3.00. . .nak giler aq rase. . .dari segi pakaian yang telah ditetapkan aq tak nak membantah sebab dari segi Islam wajib menutup aurat. . . 

((too pandangan aq sal pengetua baru))



gaduh???



nie pengalaman aq paling kelakar cangat kat asrama. . .bila dah naik tingkatan 5 semua nya rase hebat. . .masing-2 xnak mengalah. . .dah laa pergaduhan nie berlaku kat musolla. . .malu kat junior. . .semua orang tengok. . ,sampaikan budaq laki keluar dari tempat solat laki nak tengok pompuan gaduh. . .pergaduhan nie berlaku sebab rase dendam yang terbuku lam hati. . .hrmmm. . .(arap-2 adeq-2 tak ikut cam akak-2 nie ye). . .kalau ada pape masalah cakap baek-2. . .jangan selesaikan dengan cara cam nie. . .tak baek. . .yang paling kelakar si pompuan yang tak tahu nape datang serang. . .cakap too memang tak boleh nak cakapla camne. . .teruk nak mampus!!(maklumla dia rase dia la paling hebat kat sekolah too). . .kita orang tak puas hati ngan kawan dia tapi dia pulak datang konon-2nya nya back up kawan dia laa. . .huhuhu. . .paham-2. . .tapi cara dia too tak betul. . .mase gaduh too. . .aq dan kawan-2  nangis. . .sedih tengok pergaduhan nie. . .kita orang satu dorm. ,satu form. ,walaupon selalu tak bersefahaman. . .lepas gaduh dia orang mengadu kat pakwe diaorang. . .tokok tambah cerita pulak too. . .tipu la lau tak tambah cikit-2. . .tau la ad pakwe satu sekolah tapi jangan la kaitkan hal nie ngan laki. . .malu laa cikit wey. . .hrmmmm. . .aq arap pergaduhan nie tak berkekalan dan dapat diselesaikan dengan baik. . .dan aq harap kita orang dapat kawan dengan baik. . .



nangis??!!



jangan silap faham pulak. . .bukan aq yang nangis tapi budaq-2 form 1. . .maklumla baru masuk tingkatan 1 pastu tak biase plk ditinggalkan. . ."akak paham dik. . .kak dulu cam too jugax". . .huhuhu. . .tapi lame-2 okeyla. . .tapi tak sangka budaq laki ada jugax nangis. . .


jangan nangis dik. . .tak macho nanti. . .hehehe. . .nanti bila adik dah besar mesti kelakar kan ingat sal nie. . .adik nangis sebab nak balik. . .nangis depan orang ramai pulak too. . .huhuhu. . .tak pe la dik. . .biase-2 kan la diri duk di asrama. . .lame-2 di asrama mesti rase tak nak balik. . .hehehe









:::wassalam:::
>Nurul Afnan<